Header Ads

LightBlog

FAQ

1.Saya mencari pelan pendidikan bagi anak? apakah pelan yang bersesuaian?

Jawapan;



Pelan khusus bagi Pendidikan Anak mempunyai ciri-ciri khas iaitu;

i. Menyediakan Manfaat Simpanan ketika pelan matang

ii. Menyediakan perlindungan asas (kematian/Keilatan Kekal Menyeluruh) bagi anak yang dilindungi

iii. Manfaat Pembayar - Jika pembayar meninggal dunia, sumbangan bagi pelan sehingga matang akan dilunaskan oleh pihak takaful.

iv. Manfaat manfaat manfaat pelepasan cukai individu sebanyak RM3,000



Pihak Etiqa Takaful menyediakan Pelan Etiqa Intelek khusus bagi pelan pendidikan anak



Cadangan



1. Pelan Etiqa Intelek adalah pelan khusus bagi tujuan pedidikan anak dan mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan diatas. Melalui pelan ini, tidak kisah samada pembayar masih ada atau tiada lagi semasa tempoh perlindungan, anak akan tetap mendapat manfaat simpanan ketika pelan matang kelak,




2.Terlalu banyak pelan yang ada dipasaran, pelan manakah yang terbaik untuk saya, pasangan, dan anak-anak ??

Jawapan:

Pada dasarnya semua pelan dipasaran adalah baik. Namun yang "Terbaik" adalah



i. Mengikut Syariat Islam

Mestilah ianya pelan Takaful - Takaful adalah satu pelan perlindungan yang bebas riba, judi dan gharar serta berdasarkan prinsip tabaruat (salin jamin menjamin & bantu membantu sesama peserta)



ii. Mengikut keperluan peserta



Pastikan perlindungan yang sedia ada mampu untuk (sila ikut tertib)



1. Membayar hutang

Jika berlaku musibah - pastikan perlindungan ASAS dan Manfaat Bertempoh (kematian & Keilatan Kekal) mampu untuk menyelesaikan segala/sebahagian hutang yang sedia ada. "Hutang" disini termasuklah segala bentuk hutang - i.e pinjaman peribadi, rumah, kenderaan, menzalimi orang, zakat, haji lain dsbnya.



Dengan selesainya hutang, insyaAllah kehidupan peserta di Alam kubur akan selesa. Orang yang meninggalkan 'hutang" tanpa ada usaha untuk membayarnya, lalu beliau meninnggal dunia..InsyaAllah kehidupan di Alam Barzah adalah teramat azab.



2. Keluarga dapat meneruskan kehidupan seperti biasa (Perlindungan Pendapatan)

Selepas dikira semua hutang yang ada, kiralah pula tempoh pendapatan yang perlu ada jika musibah menimpa kepada peserta



i.e Jika pendapatan bulanan adalah RM4,000 maka buat persedian bagi tempoh minimum 36 bulan = RM48,000 x 36 bulan = RM172,000



InsyaAllah jika peserta ditimpa musibah, tempoh 3 tahun yang akan datang dapat membolehkan kaum keluarga membuat 'Pensesuaian Kehidupan"



3. Perlindungan bagi Perubatan



Kemudian tambahlah perlindungan bagi Bil Perubatan , ini termasukklah Kos Bil Perubatan di hospital, Manfaat Penyakit Kritikal dan Elaun di hospital.



Perlindungan ini tidak perlu, jika peserta telah mempunyai perlindungan ini daripada sumber yang lain i.e diberikan oleh pihak syarikat tempat bekerja



4. Perlindungan bagi Pendidkan anak-anak



Kemudian jika mampu, barulah fikirkan akan pelan bagi anak-anak dibawah tanggungan. Pelan ini termasuklah pelan pendidikan anak-anak



5. Tabungan Persaraan dan Simpanan



Kemudian jika masih ada kemampuan, usahakan pula agar sumbangan bagi pelan ada meyediakan tabungan bagi simpanan peserta. Tabungan ini boleh digunakan bagi tujuan persaraan dan simpanan peserta



I.e Ambillah pelan yang mempunyai perlindungan dan simpanan (Participating Plan)



6. Pelaburan

Jika semua perkara 1-5 diatas telah 'diselesaikan' barulah berusaha untuk membuat 'pelaburan'. Melalui 'Pelaburan' peserta berpeluang untuk mendapat lebih keuntungan berbanding pelaburan secara konvensional.



Namun yang demikian 'Pelaburan' adalah lebih terdedah kepada risiko untung rugi. Adalah lebih baik pelan perlindungan dan pelaburan diambil secara berasingan dengan keutamaan lebih diberikan kepada perlindungan



iii. Perlindungan adalah sehingga hari tua (Sehingga meninggal dunia)



Tempoh perlindungan jika boleh biarlah sehingga ke hari tua iaitu sehingga akhir hayat (i.e sehingga umur 88 tahun). Adalah tidak wajar untuk mengambil perlindungan untuk tempoh jangka pendek, ini kerana jika pelan tamat kelak, untuk mengambil pelan yang baru mungkin pada ketika itu kadar sumbangan adalah tinggi dan mungkin juga peserta sudah mempunyai penyakit yang tidak membenarkan beliau menyertai pelan takaful





iv. Sumbangan adalah Mengikut Kemampuan



Setelah diketahui jumlah perlindungan serta tempoh perlindungan yang diperlukan,maka dapatkanlah sumbangan yang diperlukan. Sumbangan boleh dilakukan dalam salah satu mod iaitu, tahunan, setangah tahun, suku tahunan atau bulanan. Jika mampu ambillah dalam mod Tahunan. Ini kerana masalah pelan 'Lapse' insyaAlah dapat dihindari



Kira dan fikirkan adakah peserta mampu untuk membuat sumbangan yang dinyatakan bagi jumlah perlindungan yang diperlukan.



Kemampuan ini adalah lebih penting daripada jumlah keperluan perlindungan. Adalah tidak berguna jika peserta tidak mampu untuk membuat sumbangan dengan perlindungan yang diperlukan.



Oleh yang demikian, ukurlah kemampuan sumbangan peserta.



Pada kadar biasa, jumlah sumbangan yang tidak membebankan peserta adalah disekitar 5 % ke 10 % pendapatan peserta

3.Bagaimana cara untuk mengeluarkan wang dari akaun takaful?
Tahukah anda sesetengah pelan eTiQa Takaful membenarkan anda mengeluarkan sebahagian daripada simpanan takaful anda?
Bagi pelan Harmoni dan Intelek, anda boleh mengeluarkan sebanyak 80% daripada tabung simpanan iaitu Akaun Peserta (AP). Caranya, anda hanya perlu mengisi borang pengeluaran sebahagian disertakan 1 salinan IC dan hantar kepada eTiQa melalui ejen anda. Borangnya sgt simple, hanya sekeping kertas A4.


FAQ - Medical Card

1.APAKAH JENIS PELAN INSURAN BAGI TAKAFUL MEDICAL CARD ULTRA MEDIC RIDER?
Takaful Ultra Medic Rider adalah Medical rider dimana ianya boleh disertakan dengan sijil baru individu takaful keluarga. Ianya menyediakan pembayaran semula bagi perbelanjaan perubatan ketika kemasukan hospital , pembedahan, rawatan dan sebagainya.

2.APAKAH TEMPOH MINIMA & MAKSIMA PELAN INI?
Tempoh sumbangan minima ialah 5 tahun dan tempoh maksima adalah 88 tahun.. Pelan ini juga bergantung pada sijil asas takaful,contohnya jika digandingkan dengan polisi seumur hidup, perlindungan akan dilanjutkan sehingga umur 88 tahun. Jika digandingkan dengan endowmen 10 tahun, maka perlindunganakan menjadi 10 tahun sahaja.

3.ADAKAH PREMIUM AKAN DIKECUALIKAN DARI CUKAI?
Ya,sehingga RM3,000 setahun termasuk polisi pendidikan.

5.APAKAH YANG SAYA AKAN DAPAT KETIKA MATANG?
Jika peserta masih hidup sehingga tarikh matang dan dimana pada penghujung tahun akhir kewangan, ada lebihan dari pendapatan pada liabiliti, 80% dari lebihan itu akan disimpan bagi sumbangan para peserta dan ianya hanya dibayar kepada anda bersama dengan faedah ketika tempoh matang bagi kontrak ini.

6.BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN?
Cara bayaran akan mengikut pada sijil pelan asas. Ianya mempunyai 4 pilihan untuk membayar, iaitu Bulanan,Suku Tahun, Setengah Tahun dan Tahunan.Anda diberi kebebasan untuk memilih mengikut kesesuaian anda.

7.BAGAIMANA ‘TAKAFUL ULTRA-MEDIC RIDER’ MELINDUNGI SAYA?
‘Takaful Medic- Save Rider’ akan membantu anda untuk menyelesaikan segala bil perubatan.Selain itu, kemasukan ke Hospital akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan Kad Perubatan yang dikeluarkan oleh pihak Takaful Etiqa

8.ADAKAH IANYA MEMPUNYAI TEMPOH MENUNGGU?
Yes, 30 days waiting period will be applied between the beginning of a disability and the commencement of this contract.

9.ADAKAH SIJIL POLISI PINJAMAN DISEDIAKAN?
Tidak.Sijil Pinjaman hanya dipraktikkan pada sijil pelan asas dan bukannya pada rider.

10.BOLEHKAH MEMBELI BEBERAPA POLISI ?
Sudah tentu. Selagi had keseluruhan seumur hidup tidak melebihi had syarikat.-RM1.5 Juta Had Sepanjang Hayat

11.SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBELI PELAN INI?
Semua rakyat Malaysia, atau penduduk tetap Malaysia yang berumur diantara 30 hari (tiga puluh hari) hingga 59 tahun (lima puluh sembilan tahun).

12.APAKAH AKAN JADI KEPADA SIJIL ASAS SAYA JIKA SAYA SUDAH MENGGUNAKAN SEMUA HAD SEUMUR HIDUP DIBAWAH TAKAFUL ULTRA-MEDIC?
Peserta masih boleh menikmati faedah sijil asas bagi kematian dan TPD sebelum tamat polisi. Selain itu, apa jua rider yang digandingkan dengan polisi adalah masih sah sehingga tamat tempoh.

13.BERAPA BANYAK PESERTA BOLEH TUNTUT DARI PELAN?
Amaun tuntutan telah ditetapkan kepada minimum RM50,000-RM300, 000 setahun bagi had keseluruhan dan RM200,000-RM1, 500, 000 bagi had keseluruhan seumur hidup tanpa co-takaful. Peserta boleh menuntut sehingga amaun yang disebutkan di atas.

14.SIAPAKAH YANG PERLU DIHUBUNGI KEMASUKAN SEBAGAI PEMEGANG KAD ‘TAKAFUL ULTRA MEDIC RIDER’?
Anda perlu menghubungi Etiqa Healthcare Centre Hotline No. 1800 88 9998.Mereka akan menasihati dan membantu anda berkenaan kemasukan anda.

16.JIKA SAYA MEMOHON BAGI PERKHIDMATAN KESIHATAN,ADAKAH TEMPOH MENUGGU?
30 hari dari polisi bermula,120 hari bagi sakit yang tertentu.Dengan pantas, bagi kes-kes kemalangan.

17.JIKA BERLAKUYA KECEMASAN, HOSPITAL YANG MANAKAH PERLU SAYA PERGI?

Jika ada kes kecemasan, sila bawa ke hospital terdekat. Etiqa Healthcare akan membantu untuk menguruskan surat jaminan dengan hospital yang mana boleh.

18.BOLEHKAH SAYA MENIKMATI KEISTIMEWAAN KAD ‘TAKAFUL ULTRA-MEDIC RIDER’ BILA SAYA KE LUAR NEGARA.
Tidak.Kad Perubatan ini hanya boleh digunakan untuk hospital dalam Malaysia. Anda perlu membayar kesemua perbelanjaan yang terlibat dan failkan tuntutan terus ke Etiqa selepas pulang ke Malaysia.

19.PERLUKAH SAYA MEMBAYAR APA-APA JUA CAJ KETIKA KELUAR HOSPITAL?
Tiada bayaran dikenakan. 100% bil hospital ditanggung oleh Etiqa Takaful.

20.BAGAIMANA JIKA HOSPITAL ITU BUKAN DARI PANEL ETIQA DAN TIDAK DIIKTIRAF ETIQA?
Jika bukan panel hospital tidak menerima GL yang diisukan oleh Etiqa dan pelanggan dinasihatkan atau meneruskan dengan hospital bukan-panel dimana mereka perlu membayar penuh bil mereka,kemudian hantarkan borang tuntutan bagi pembayaran semula.

Peringatan


Kadar Sumbangan adalah berdasarkan pada jantina dan umur Peserta.
•Kadar Sumbangan akan meningkat apabila Peserta mencapai kumpulan umur yang lebih tinggi seterusnya.
•Perlindungan hanya bermula apabila bayaran telah diterima.
•‘R&B’ termasuk caj bilik dan caj makanan.(Biasanya dipraktikkan di Lembah Klang). Luar Lembah Klang, caj bilik dan caj makanan mungkin dipisahkan.
•Jika caj bilik dan caj makanan dipisahkan, ia berkemungkinan keduanya akan dicampur, jumlah keseluruhan akan lebih tinggi dari kelayakan ‘R&B.Mempertingkatkan R&B akan digunakan. (Ini bermaksud peserta perlu membayar 20% bagi Co-Bayaran).

No comments